Do you want to buy antibiotics online without prescription? https://buyantibiotics24h.net/ - This is pharmacy online for you!
Microsoft word - kesan pengamalan ilmu falak.doc
Kesan Pengamalan Ilmu Falak Dalam Konteks Agama, Sosial dan Budaya Di Alam Melayu1
Ilmu falak merupakan cabang sains tabie. Walau bagaimanapun, konsep pembinaan ilmu dan pengamalannya berdasarkan mekanisme sains, agama dan sosial. Sebagai ilmu yang berkait rapat dengan keperluan ikhtiar hidup manusia, ilmu falak berkembang maju seiring dengan peningkatan tamadun manusia. Daripada segi epistimologi, ilmu falak dibahagikan kepada ilmu falak rakyat dan ilmu falak bermatematik. Kedua-dua ini dipraktikkan secara beriringan dan sama penting dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru itu, perkembangan ilmu falak juga didapati boleh menjadi petunjuk kemajuan sains sesuatu bangsa. Di samping memenuhi pelbagai keperluan agama, aplikasi ilmu falak juga memberi kesan langsung terhadap aspek sosio-budaya sesuatu masyarakat. Dengan menyusuri secara literatur amalan ilmu falak di Alam Melayu, kertas ini membentangkan hasil analisis tentang pengamalan dan kesan ilmu falak dalam memenuhi keperluan agama, sosial dan budaya. Kajian juga dilakukan pada ruang mana ilmu falak rakyat berjaya meresap dengan berkesannya dalam pengamalan masyarakat. Resepi kejayaan silam ini boleh dijadikan panduan dalam usaha memupuk minat masyarakat terhadap sains dan teknologi.
Kata Kunci: ilmu falak, Alam Melayu, pra modenisasi Pendahuluan
Pada peringkat awal tamadun manusia, ilmu falak diperlukan bagi memenuhi kebergantungan manusia terhadap alam sekeliling. Aktiviti sara hidup mereka, khususnya yang berkaitan dengan pertanian dan pemburuan dilakukan mengikut musim-musim tertentu. Apabila mereka mendapati musim-musim tersebut ‘semacam berulangan’, maka kedatangan musim-musim tersebut diramalkan. Usaha meramal ini, kemudiannya disusuli dengan kaedah pemerhatian yang lebih emperik dan kecenderungan pemerhati purba menyatakan sebab musabab terhadap sesuatu kejadian alam. Dalam semua keadaan ini, unsur-unsur alam seperti bintang-bintang, bulan, matahari dan fenomena langit menjadi subjek pemerhatian mereka. Melalui pemerhatian juga mereka tertarik unsur-unsur boleh nampak yang luar biasa dan menakjubkan. Misalnya apabila berlaku gerhana matahari, mereka ketakutan kerana suasana siang tiba-tiba bertukar menjadi malam.
1 Kertas kerja dibentangkan dalam International Conference on Social Sciences and Humanities.
Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 13 – 15 Mac 2007.
Begitu juga dengan kemunculan komet dengan bentuknya yang menggerunkan serta kedatangan musim sejuk dengan tempoh siang menjadi semakin pendek yang menggusarkan mereka. Lantas mereka mengaitkan pemerhatian mereka ini dengan unsur-unsur kekuatan, kekuasaan dan kebergantungan hidup mereka. Sebahagian pula terdorong merekacipta produk falak yang paling asas, iaitu takwim. Kedua-dua senario ini menjadi asas kepada perkembangan sains rakyat dan sains bermatematik. Apabila dikaitkan dengan ilmu falak, menjadi ilmu falak rakyat dan ilmu falak bermatematik. Ilmu falak meningkat maju apabila manusia yang sentiasa berusaha untuk mencapai kepuasan hidup, cuba memperbaiki pengetahuan mereka tentang alam. Dalam sejarah perkembangan ilmu pengetahuan, ilmu falak telah berkembang daripada falak keagamaan, ke peringkat falak taakulan, falak optik dan seterusnya ke era falak fizik (‘astrophysic’).2 Semasa era ilmu falak keagamaan, pemahaman ilmu falak diserapkan oleh anggota masyarakat dalam kehidupan seharian. Proses ini menjadi asas kepada pembentukan budaya sesuatu masyarakat yang berlaku terus menerus, walaupun ilmu falak melangkah ke fasa perkembangan berikutnya. Di Alam Melayu, proses yang sama juga berlaku. Ini mencetuskan persoalan bagaimana dan dalam bentuk apa ilmu falak mempengaruhi sosial dan budaya di Alam Melayu? Bagaimana sains silam dalam apa tafsiran sekalipun, sampai kepada pengamalan masyarakat? Oleh kerana ilmu falak merupakan sains manusia yang terawal, jawapan kepada persoalan ini membolehkan pembuat dasar di negara kita menggunakan pendekatan yang sama untuk memupuk minat masyarakat terhadap sains dan teknologi. Kajian dalam kertas ini menghadkan Alam Melayu sebagai kawasan geografi yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sumatera, Kepulauan Jawa dan Borneo.
Ilmu Falak Sebagai Sains Rakyat
Keluasan kawasan laut dan kedudukan geografi Alam Melayu menjadikan pribuminya begitu dekat dengan alam semula jadi di sekeliling mereka, termasuk hutan rimba, laut, langit, musim dan cuaca. Untuk belayar daripada satu tempat ke tempat lain, penduduk Alam Melayu menggunakan pengetahuan tiupan arah angin, kedudukan matahari, bintang-bintang dan kedudukan pulau-pulau serta panduan gunung-ganang di daratan. Begitu juga dalam ikhtiar hidup seharian seperti aktiviti pertanian, alam sekeliling mereka menjadi petunjuk bagi setiap peringkat bercucuk tanam yang mereka lakukan. Pengetahuan ini merupakan penyesuaian awal manusia dalam memahami alam dan memanfaatkannya. Sesuai dengan kedudukan geografi Alam Melayu yang menjadi laluan utama perdagangan timur dan barat, iaitu antara tamadun China dan Arab, kemudiannya Eropah, pelbagai pengetahuan luar masuk ke Alam Melayu. Kemasukan unsur-unsur luar ini memberikan nilai tambah bagi sains rakyat peribumi Alam Melayu yang telah sedia ada. Selepas kedatangan Islam, ilmu falak sebagai aspek ‘sains bermatematik’ dikembangkan bagi memenuhi keperluan ilmu fekah. Ketika ini, ilmu falak mengalami pemisahan ketara antara aspek sains bermatematik dengan ilmu falak rakyat. Menurut King (1993), ilmu 2 Lihat dalam Baharrudin Zainal (2002)
falak rakyat tidak mementingkan teori, sebaliknya berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, ditafsirkan dan diamalkan. Ilmu falak dalam kedua-dua kategori ini mempunyai kesan besar terhadap sosial dan budaya Alam Melayu. Daripada segi amalannya, ilmu falak sebagai sains bermatematik digunakan untuk tujuan penentuan takwim, waktu, pelayaran, geografi fizikal, ilmu ukur dan cuaca. Individu yang terlibat dalam mengembangkan ilmu falak bermatematik ini biasanya seorang agamawan yang mendapat pendidikan agama daripada negara-negara Arab seperti Mekah dan Mesir. Kepercayaan terhadap ilmu falak rakyat lebih ketara pada peringkat akar umbi masyarakat kerana aplikasinya berkaitan dengan kesan kehidupan secara langsung, seperti soal hidup atau mati atau soal baik atau celaka. Ilmu falak sebagai sains bermatematik pula dianggap sukar kerana memerlukan kemahiran mantik, menyebabkan masyarakat pada peringkat akar umbi lebih selesa menjadi pengguna sahaja. Masyarakat mempunyai pilihan menggunakan produk falak ini tanpa mempersoalkan asas-asas rasional di sebaliknya. Misalnya jadual waktu-waktu solat yang dikeluarkan oleh seseorang ulama terkemuka, digunakan oleh masyarakat tanpa banyak soal atau pembahagian tanah pusaka dibuat dengan hitungan tertentu mengikut hukum faraid. Dengan anggapan soal agama merupakan tanggung jawab orang-orang yang lebih arif, masyarakat awam selesa sebagai pengguna sahaja. Pada satu aspek lain, masyarakat mempunyai pilihan menggunakan aplikasi tersebut berdasarkan sains rakyat. Sebagai contoh, mereka boleh melakukan solat apabila matahari berada pada kedudukan tertentu. Begitu juga dalam penentuan arah kiblat, arahnya hanya perlu ditetapkan sekali ‘seumur hidup’, walaupun pengetahuan arahnya digunakan setiap hari. Dalam hal ini, sebahagian daripada kaedah-kaedah ilmu fekah menggunakan pengetahuan sains rakyat yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Ulama-ulama fekah pula membenarkan penggunaannya sebagai wasilah ibadat. King (1986), menyatakan sebahagian kaedah-kaedah ijtihad yang digunakan pada zaman tamadun Islam merupakan kaedah sains rakyat. Perkara ini dapat difahami kerana para ulama yang menjelaskan tuntutan agama, sering menggunakan pemahaman masyarakat setempat untuk memudahkan pemahaman dan pengamalan mereka. Misalnya, masyarakat Arab sebelum Islam lagi, sudah menggunakan buruj-buruj bintang tertentu untuk petunjuk jalan. Apabila terdapat tuntutan menentukan arah kiblat selepas kedatangan Islam, kaedah sains rakyat ini digunakan. Dari segi kronologi, kaedah ijtihad terlebih dahulu mengisi keperluan dalam ilmu fekah berbanding dengan kaedah bermatematik. Begitu juga yang berlaku di Alam Melayu, apabila kaedah-kaedah ijtihad mendominasi keperluan ilmu fekah, berbanding dengan kaedah bermatematik. Kitab Sabilil Muhtadinlit Tafuqquhi fi Amrid Din karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang ditulis pada tahun 1195 H (1780 M) merupakan kitab fekah Alam Melayu yang paling popular. Dalam penjelasan penentuan arah kiblat dan tanda waktu-waktu solat, kaedah falak rakyat digunakan. Penggunaan unsur-unsur ilmu falak rakyat banyak terdapat dalam ilmu perubatan, ramalan, ilmu hikmah, pengasih, firasat dan ilmu tanam-tanaman. Masyarakat bukan setakat mengamalkannya tetapi mereka mempunyai keyakinan tinggi dan kepercayaan penuh terhadap keberkesanannya. Ini mendorong pengguna memahami beberapa unsur ilmu falak secara lebih mendalam. Secara umum, bahan berkaitan amalan ilmu falak rakyat terdapat dalam dua makalah utama di Alam Melayu, iaitu Kitab Bintang Dua Belas dan Tajul Muluk. Kandungan dalam kedua-dua makalah ini menunjukkan kaedah-
kaedah falak rakyat digunakan secara meluas dalam ilmu-ilmu perubatan, ramalan, ilmu Ketika, ilmu hikmah, pengasih, firasat dan ilmu tanam-tanaman. Justeru itu, Kitab Bintang Dua Belas dan Tajul Muluk lebih popular di kalangan masyarakat berbanding dengan naskhah falak bermatematik yang hanya dimiliki oleh mereka yang belajar agama sahaja.3 Penggunaan ilmu falak rakyat juga terdapat dalam sistem kepercayaan sebahagian masyarakat Alam Melayu, walaupun selepas pengaruh Islam. Mereka masih mempraktikkan aspek ilmu falak rakyat yang sarat dengan mitos dan pengaruh yang berada di luar daripada nilai-nilai Islam. Menurut Mohd. Taib Osman (1989), orang-orang Melayu tidak dapat membezakan antara kepercayaan-kepercayaan bersifat sains rakyat dengan kepercayaan dalam agama. Dalam aktiviti pertanian misalnya, walaupun pengetahuan musim digunakan untuk bercucuk tanam, tetapi musim juga dikaitkan pula dengan kepercayaan tentang semangat dan pantang larang. Menurut Amat Juhari Moain (1990:108), dalam kajian yang dijalankan sehingga tahun-tahun 1970an, masih terdapat sebahagian responden di kalangan pesawah yang masih mempercayai tentang waktu-waktu ‘ketika’ yang baik bagi sesuatu aktiviti berkaitan aktiviti penanaman padi mereka. Bagi masyarakat ini, mereka mengetahui tentang ‘ketentuan takdir’ datangnya daripada Allah SWT, tetapi masih bergantung kepada ‘ilmu Ketika’ sebagai sokongan psikologi dalam ikhtiar hidup mereka. Kebiasaannya pengamal ini tidak dapat membezakan antara ilmu falak yang bersifat sains dengan mitos. Sama keadaannya apabila ilmu ramalan dalam Kitab Bintang Dua Belas dianggap sebagai ilmu yang dibenarkan oleh agama kerana kitab asalnya menggunakan bahasa Arab dan sebahagian daripada istilah-istilahnya memang digunakan dalam sains. Justeru itu, bagi masyarakat Melayu, istilah ilmu bintang yang berasal daripada perkataan ‘ilm al-nujum digunakan secara berleluasa bagi pengertian yang sama dengan ilmu falak. Penggunaan istilah ini dianggap selesa bagi orang-orang Islam kerana ada hadis Nabi SAW yang bermaksud; ‘belajar kamu daripada ilmu nujum barang yang dapat petunjuk kamu pada segala kelam di daratan dan lautan kemudian berhenti kamu’.4 Ilmu nujum dalam masyarakat Melayu sebenarnya ialah ilmu ramalan menggunakan kitab ilmu Bintang Dua Belas yang ditransliterasi daripada bahasa Arab. Percampuran konsep ilmu falak ini dan pengamalannya sering menimbulkan kekeliruan dalam kajian ilmu pengetahuan Alam Melayu. Para sarjana yang mengkaji Alam Melayu, khususnya orientalis Barat, hanya mengkaji aspek sains rakyat bagi menunjukkan pencapaian sains Alam Melayu. Menurut Isabella L. Bird yang mengkaji negeri-negeri Melayu pada tahun 1870an dalam Isabella (1982:21); ‘they know nothing of astronomy except of some meagre ideas derived through the Arabs from Ptolemaic system’. Bahan berkaitan ilmu falak menurut mereka terdapat dalam penggunaan ilmu ramalan, ilmu Ketika, ilmu pengasih, perubatan dan firasat. Begitu juga kajian oleh Skeat (1967) yang menunjukkan ilmu falak orang-orang Melayu tertumpu kepada skop yang sama.
3 Berdasarkan pengalaman penulis, kedua-dua makalah falak rakyat tersebut masih beredar di pasaran
sehingga tahun 1990an. Sebaliknya ‘kitab falak bermatematik’ hanya boleh ditemui dalam bentuk naskhah nadir di perpustakaan-perpustakaan atau koleksi individu tertentu.
4 Sebagaimana dinyatakan oleh Haji Umar bin Ismail Nuruddin dalam karyanya Syamsul Fattiyah (1343
Kegagalan orientalis ini menemui sebarang tulisan popular tentang ilmu falak di Negeri- negeri Melayu, menunjukkan kajian mereka tertumpu kepada aplikasi ilmu falak rakyat pada kelompok masyarakat teramai. 3. Takwim Sebagai Keperluan Agama dan Sosial
Tanda-tanda musim yang berlaku secara berulangan dijadikan sebagai tanda waktu bagi merakamkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Tanda-tanda waktu ini juga merupakan tarikh purba yang terawal digunakan dengan simbol-simbol tertentu yang difahami oleh sesuatu kelompok masyarakat pada awalnya, dan akhirnya bertukar menjadi pemahaman umum. Tarikh atau takwim merupakan satu catatan masa mengenai peristiwa. Segala yang berlaku dalam masyarakat, seperti kelahiran, kematian, penaklukan dan sebagainya dicatatkan dengan merujuk sesuatu simbol masa. Justeru itu takwim atau tarikh merupakan catatan sejarah sebagaimana takrifan berikut; ‘tarikh itu ialah masa yang dibangsakan kepadanya waktu-waktu yang kemudian kerana termasyhur dan ternamanya dengan perkara yang berlaku padanya’.5 Dalam kebanyakan tamadun manusia, simbol bagi tarikh purba ini menggunakan objek yang ada di sekeliling mereka. Ini membawa kepada penggunaan nombor dan aksara bagi merakamkan tarikh dan peristiwa di prasasti, termasuk batu nisan, batu bersurat, ukiran dan lukisan mural di kuil-kuil. Penggunaan tarikh yang berasaskan objek langit juga merupakan antara idea ilmu falak yang paling awal di Alam Melayu. Menurut Shaharir Mohamad Zain (2000:198), kebanyakan prasasti yang ditemui di Alam Melayu tidak mempunyai aksara angka secara tersurat, walaupun setengahnya ada perkataan-perkataan simbolik yang mewakili tarikh-tarikh berbentuk nombor. Misalnya pada prasasti Canggul di Jawa Tengah yang tarikhnya ditafsirkan sebagai 652 Tahun Saka (730 M), menunjukkan takwim dalam bentuk pengetahuan ilmu falak telah digunakan. Manakala patung Amoghapasa di Padang Candi Sumatera didapati menggunakan simbol matahari bagi mewakili angka dua belas (12). Penggunaan simbol ini membuka persoalan yang lebih kompleks tentang hubungan antara angka dengan pemahaman ilmu falak. Ini disebabkan matahari dengan angka dua belas amat sinonim. Pergerakan tahunan bumi mengelilingi matahari berlaku pada latarbelakang dua belas buruj. Pemahaman ini telah wujud dalam semua tamadun yang lebih awal daripada Alam Melayu. Begitu juga dalam prasasti Kedukan Bukit di Palembang, Sumatera, Slametmuljana dalam Shaharir Mohamad Zain (2000:213) mencatitkan hubungan antara tarikh yang sepadan dengan fenomena fasa bulan. Justeru itu, objek langit, seperti bulan dan matahari serta fenomena yang ditunjukkannya, seperti tanda musim dan perubahan fasa bulan menjadi simbol bagi tarikh. Pengaruh orang-orang Hindu terhadap pengamalan takwim purba Alam Melayu hanya berlaku daripada aspek penggunaan istilah dan penyeragaman kaedah sahaja. Menurut (Raffles 1965:478), dalam takwim Hindu, sistem satu minggu tujuh hari atau ‘Ketika tujuh’ menggunakan sejumlah tujuh objek langit yang diketahui ketika itu; ‘Diti, Soma, Ang’gara, B’udha, Raspat’i, Sukra dan Sanischara’. Penggunaan nama hari ini digunakan juga dalam takwim Jawa/Hindu. Sistem satu minggu lima hari atau ‘Ketika lima’ pula berleluasa digunakan untuk tujuan ramalan dan firasat. Ketika lima ini disenaraikan dalam Mohd. Taib Osman
5 Sebagaimana dinyatakan dalam makalah Pilihan Mastika susunan Haji Muhammad Nur Ibrahim,
(1989:145); ‘Maswara, Kala, Seri, Brahman dan Visnu’. Dalam sistem takwim tiga puluh hari, jumlah tiga puluh hari ini diambil daripada 28 manzilah bulan (‘nakshatras’) bulan dalam sistem takwim qamari dan ditambah dua hari ‘gelap’. Dalam ‘ilmu rejang’, unit- unit nama hari ini menggunakan nama-nama haiwan tertentu sebagaimana disenaraikan dalam Skeat (1967:664). Selepas kedatangan Islam, aplikasi ilmu falak dalam takwim lebih jelas. Catatan tarikh pada batu-batu nisan dan batu bersurat menunjukkan tarikh Hijri lebih sarat dengan unsur-unsur ilmu falak. Pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kampung Tersat, Kuala Berang, Terengganu, terdapat catatan yang berkaitan dengan penggunaan takwim hijri, iaitu:6
. adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua .…
Begitu juga dengan tarikh yang tercatit pada batu nesan yang dijumpai di Permatang Pasir, Pekan, Pahang. Tulisan tarikh pada batu nesan berkenaan ditafsirkan seperti berikut,
…… waktu subuh hari Rabu 14 haribulan Rabiu Awal tahun hijrah 419…
Sesuai dengan takwim yang menjadi penjalin hubungan rapat antara kehidupan manusia dengan kosmos, fungsi takwim di Alam Melayu pasca Islamisasi lebih menyeluruh. Hubungan manusia dengan alam, dizahirkan dalam aplikasi takwim melalui ‘beberapa nasihat’ tentang cuaca, aktiviti manusia dan amalan pemakanan. Jika kaedah takwim dalam manuskrip falak sebelum abad 19 M masih mempunyai ciri-ciri pseudo sains, takwim yang disusun pada suku pertama abad lepas didapati memuatkan maklumat yang lebih emperik. Dalam Takwim Natijah 1332 H/ 1913 M oleh Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Mursyid Riau dan takwim-takwim cetakan Matbaah al-Ahmadiah sebelum 1930an, ‘nasihat-nasihat’ berkenaan menjadi maklumat wajib. Antaranya hubungan kedudukan buruj-buruj matahari dengan cuaca dan keadaan angin, jenis makanan yang sepatutnya diambil pada musim-musim tertentu serta jenis riadah yang sesuai. Lebih menarik lagi, apabila ‘nasihat-nasihat’ ini disertakan dengan sebab musabab yang logik daripada segi kesihatan, hubungan dan kesuburan seksual, jenis makanan dengan penghadamannya serta kesesuaian ekosistem tempatan. Ini menunjukkan nilai-nilai sejagat dan gaya hidup seimbang menjadi perhatian utama, dan takwim menjadi medium perantara yang berkesan. Berdasarkan perbincangan di atas, takwim sama ada pengaruh Hindu, Islam atau apa jenispun, merupakan catatan sejarah sesuatu masyarakat. Unsur-unsur ilmu falak digunakan sebagai unit takwim yang berkesan, manakala takwim pula menjadi mekanisme yang menjalin hubungan antara manusia dengan alam dan manusia dengan manusia. 6 Lihat kajian tarikh pada Batu Bersurat Terengganu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1988).
Ilmu Falak Dalam Unsur-unsur Kebudayaan Alam Melayu
Dalam kajian sains sosial, takrif kebudayaan yang popular sebagaimana diberikan oleh Taylor, iaitu; ‘satu keseluruhan yang kompleks yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam dan apa jua kemampuan dan kebiasaan yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakat’.7 Kebudayaan sesuatu masyarakat ini pula dibahagikan kepada komponen kognitif, normatif dan kebendaan yang setiap satu mempunyai unsur-unsur tertentu. Dalam unsur-unsur kebudayaan inilah terdapatnya pemahaman ilmu falak sesuatu masyarakat. Aspek ilmu falak dan pemikiran alam terawal yang difahami manusia ialah kewujudan cakerawala di langit, seperti matahari, bulan, bintang-bintang dengan gambaran buruj dan Bintang Tujuh.8 Pemikiran ini boleh dikesan melalui sains rakyat, termasuk dalam mitos, cerita rakyat dan budaya masing-masing yang berkaitan dengan alam. Bagi masyarakat suku kaum asli misalnya, langit, gunung dan hutan rimba dianggap tempat wujudnya kuasa ‘supernatural’, yang menjadi tunjang kepada sistem kepercayaan mereka. Kepercayaan terhadap kuasa ‘supernatural’ ini merupakan sains rakyat yang menjadikan unsur-unsur alam sebagai subjek. Walau bagaimanapun, tidak terdapat apa-apa bukti yang menunjukkan masyarakat Alam Melayu pernah menyembah matahari atau objek langit. Amalan ritual yang berlaku di Alam Melayu, menampakkan satu ciri berbeza dengan tamadun lain, mereka tidak menyembah bulan, bintang dan matahari secara langsung, sebaliknya kepercayaan mereka lebih terhadap kuasa ‘supernatural’. Justeru itu, tidak ditemui sebarang monumen penyembahan objek langit di Alam Melayu, baik yang digunakan semasa pra Islamisasi atau yang digunakan oleh suku kaum asli. Keadaan ini berbeza dengan sejumlah balai cerap kuno, sebenarnya kuil-kuil penyembahan objek cakerawala, yang ditemui dalam tamadun Maya, Mesir purba dan Babilon. Antaranya sebuah balai cerap purba, ‘the caracol of Chichon Itza’ yang terdapat dalam tamadun Maya di Inca (Avebi, 1981:166). Walau bagaimanapun, di Alam Melayu, monumen balai cerap kuno tidak ditemui, tetapi candi Borubodur di Jawa dan Angkor Wat di Kampuchea sarat dengan unsur-unsur kosmologi.9 Selain prasasti yang mengandungi maklumat tarikh dan peristiwa, tiada sebarang rekod penemuan artifak dan monumen berkaitan pemujaan objek langit di Alam Melayu. Unsur-unsur sprituil dalam sistem kepercayaan sesuatu masyarakat yang berdasarkan pemahaman kosmologi merupakan satu pemikiran tempatan ataupun hasil pengaruh daripada luar. Pemahaman ini diwarisi daripada satu generasi ke generasi berikutnya sama ada secara lisan, kesusasteraan, kitab agama atau melalui kesenian. Pemahaman kosmologi juga disampaikan dalam bahasa pengucapan yang berbeza-beza, seperti dalam bentuk cerita dongeng rakyat dan bahasa mitos. Fenomena langit misalnya diberikan gambaran khusus dengan setiap satunya memainkan peranan penting, seperti bulan, bintang, matahari, ribut, petir, kejadian gerhana semuanya digambarkan dengan watak ‘dewa-dewi’ tertentu. Misalnya petir digambarkan sebagai petanda kutukan dewata, manakala gerhana matahari digambarkan oleh unsur
7 Lihat dalam dalam Ismail Yusof (2002:115),. 8 Bintang Tujuh merujuk kepada tujuh objek langit yang telah dikenali oleh manusia purba, iaitu
matahari, bulan serta planet-planet seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal.
9 Lihat dalam Stensel et. al (1976) dan Dumarcay (1978).
jahat yang cuba menelan matahari. Dalam masyarakat Bali di Indonesia tentang kejadian gerhana yang dikatakan berlaku kerana semangat jahat Kala Rau cemburu dengan tuhan yang menguasai Nirwana. Kala akan sentiasa mengejar dewa bulan dan matahari serta cuba menelannya. Gerhana bulan dan matahari digambarkan sebagai semangat jahat yang berjaya menelan bulan atau matahari buat seketika sebelum memuntahkannya (Harris, 1994:14).10 Terdapat kepercayaan di kalangan orang-orang bahawa semangat putih dikatakan daripada matahari dan semangat hitam daripada bulan (Winstedt, 1977:21). Penyerapan unsur-unsur alam dalam bentuk simbol juga dapat dikesan pada gendang tamadun Dongson (sekitar 2000 S.M) yang ditemui di merata tempat Alam Melayu seperti di Vietnam, Thailand, Sumatera dan Malaysia menunjukkan ukiran bintang atau matahari (Smith & Watson, 1979). Dalam artifak ini, bintang atau matahari menjadi simbol bersama yang digunakan sesuatu kelompok masyarakat, kemungkinan sebagai lambang kegagahan atau kekuasaan. Pembentukan kebudayaan kognitif juga boleh dikesan dalam beberapa tafsiran model bentuk alam dalam zaman klasik Jawa-Melayu daripada abad ke 7 M sehingga abad ke 16 M, sebagaimana dilakukan dalam Shaharir Mohamad Zain (2000:15) dan Abdullah Muhammad (1975). Kajian mereka menunjukkan bagaimana masyarakat Alam Melayu menjelmakan pengetahuan mereka tentang alam dalam bentuk perlambangan dalam senibina dan aspek kebudayaan lain. Abdullah Muhammad (1975), misalnya, telah menghuraikan bentuk alam menurut Hindu-Jawa dan Islam serta hubungannya dengan kebudayaan Melayu, terutamanya dalam senibina. Justeru itu pengetahuan manusia terhadap alam terdapat dalam pelbagai sudut unsur-unsur kebudayaan, malah saling berhubungan antara satu sama lain. Simbol yang menjadikan bulan dan matahari juga terdapat dalam kebudayaan kebendaan, apabila kedua-duanya menghiasi ukiran dan awan larat sebagai motif. Pemahaman alam bukan sahaja dijadikan sebagai simbol, malah menjadi subjek dalam kesenian dan sistem kepercayaan. Sebahagian daripada pemahaman ilmu falak pula dikesan melalui kebudayaan normatif sesuatu masyarakat. Walaupun, unsur-unsur ini masih berkaitan dengan sistem kepercayaan, tetapi telah dijadikan dalam bentuk peraturan tingkah laku. Misalnya larangan mempersenda kuasa ‘supernatural’ dianggap melanggar folkways dalam masyarakat tersebut. Begitu juga keingkaran anggota masyarakat mempercayai kuasa dan peranan ‘supernatural’, dianggap bertentangan dengan amalan masyarakat. Anggota masyarakat yang terbabit akan dianggap melanggar norma masyarakat dan akan dihukum. Pemahaman dan pengamalan ilmu falak di Alam melayu dalam komponen kebudayaan kognitif, khususnya bahasa lebih menyerlah. Masyarakat Alam Melayu telah menggunakan objek, fenomena dan apa sahaja pada alam sekeliling mereka sebagai asas etimologi dalam pembentukan perbendaharaan kata, seperti dalam pecahan unit waktu dan hari. Satu hari dalam pembahagian jangka waktu siang dan malam terdiri daripada tujuh unit waktu yang. Unit-unit waktu yang dinyatakan oleh Asmah Omar (1986:120) iaitu; subuh, pagi, rembang, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Manakala dalam makalah Sirajuz Zhalam, karangan Syeikh Abbas Kutarang pada tahun 1849 M, unit-unit waktu ini; pagi-pagi, dhuha, hampir tengah hari, tengah hari, zuhur, asar dan 10 Kepercayaan ini jelas saduran dari cerita dalam epik Mahabhrata.
petang-petang. Semua unit waktu ini merujuk kepada kecerahan rupa bumi yang disebabkan perubahan kedudukan matahari. Terdapat beberapa pecahan unit waktu dalam satu hari yang dinamakan ‘saah’, sebagaimana dalam makalah Kitab Bintang Dua Belas dan Tajul Muluk. Semasa pengaruh Hindu, pecahan unit waktu ini dinamakan ‘ketika’. Dalam bahasa moden, kedua-dua istilah ‘saah’ dan ‘ketika’ menjelaskan tentang waktu tertentu. Walau bagaimanapun, istilah ‘saah’ dalam falak bermatematik merupakan satu skala unit waktu terkecil, iaitu ‘saat’. Untuk penggunaan unit waktu dalam falak rakyat, satu hari dibahagikan kepada ‘tujuh saah’ dan ‘dua belas saah’. Unit-unit waktu ini menggunakan tujuh cakerawala bagi setiap ‘saah’, iaitu; Syams, Zuhrah, Utarid, Qamar, Zuhal, Musytari dan Marikh. Abdul Razak Salleh (2000) yang mengkaji penggunaan sukatan dalam budaya Melayu sebelum abad ke 20 M, menunjukkan bagaimana unit sukatan panjang dan masa terbentuk daripada pengetahuan masyarakat tentang beberapa aspek pemerhatian alam. Selain itu, bulan, matahari dan bintang-bintang juga menjadi motif yang menghiasi surat-surat rasmi dan menjadi unsur-unsur bahasa dalam metafora, pepatah dan sinonim, seperti; (a) perumpamaan, ‘tuan umpama bintang di langit’; (b) pujian, ‘wajahmu berseri bagaikan bulan purnama’; (c) pepatah, ‘bagai bulan jatuh di riba’; (d) pembayang pantun dan teka-teki. Semua ini menambahkan perbendaharaan kata bahasa Melayu serta ketinggian estetikanya yang secara etimologi menggunakan unsur-unsur alam. Pertanian sebagai ikhtiar hidup manusia, dianggapkan menjadi unsur kebudayaan yang penting. Di Alam Melayu, pengetahuan ilmu falak diguna bagi mendapatkan kesan maksimum dalam aktiviti pertanian yang dijalankan. Pengetahuan ilmu falak termasuk takwim, musim dan petunjuk arah ‘mata angin’ telah dianggapkan sebagai teknik pertanian. Untuk tujuan ini, ulangan musim yang disebabkan perubahan matahari digunakan, terutamanya perubahan panjang siang dan malam serta perubahan arah terbit dan terbenam matahari. Di Alam Melayu, perubahan-perubahan ini berlaku tidak begitu ketara, tetapi sekurang-kurangnya musim berubah dengan perbezaan cuaca seperti musim hujan, arah dan skala angin, keadaan laut dan musim tanaman dan pembiakan spesis tertentu.11 Dalam aktiviti pertanian juga terdapat takwim yang disusun oleh masyarakat khusus untuk penandaan waktu dan musim bagi aktiviti seperti membajak, menanam dan menuai. Setiap satu aktiviti dijalankan apabila tiba masa yang sesuai. Antara teknik yang digunakan oleh pesawah di Kedah dan Perak untuk menentukan permulaan musim ke sawah adalah dengan cara membedek benih padi ke bintang ketika dan bintang tujuh (Amat Juhari Moain, 1990:33). Petunjuk mata angin; utara, selatan, timur dan barat selain digunakan sebagai panduan perjalanan dan penentuan arah tiupan angin, juga penting dalam kegiatan pertanian dan ilmu firasat. Arah mana yang sepatutnya digunakan untuk memulakan kerja-kerja menanam padi atau arah mana yang perlu diikuti semasa masuk ke gelanggang pertarungan dan pertaruhan. Selain takwim yang merujuk kepada bulan, matahari dan musim, terdapat pula beberapa takwim di Alam Melayu yang disusun menggunakan kitaran pertanian. Antaranya takwim ‘pranotomongso’, iaitu takwim yang disusun berdasarkan cerapan emperik matahari, kesan musim dan kitaran klimatologi. Takwim yang telah digunakan semenjak zaman kesultanan Galoh pada abad ke 8 M ini
11 Keadaan geografi Alam Melayu yang terletak pada latitud 15° Utara dan 10° Selatan, disifatkan sebagai
latitud rendah yang kurang kesan musim dan perbezaan ketara panjang siang dan malam sepanjang tahun.
berleluasa digunakan di kepulauan Jawa dan Borneo. Menurut Bambang Hidayat (2000), satu tahun mengandungi dua belas bulan (‘12 mongso’) yang dibahagikan setiap satunya menurut bilangan hari bagi sesuatu aktiviti pertanian seperti menyemai, membajak, tempoh pembiakan binatang buruan dan sebagainya. Takwim ini terus digunakan dalam merancang aktiviti pertanian di kepulauan Indonesia sehingga pertengahan abad ke 20 M. Namun, takwim ini menjadi kurang berkesan masa kini kerana perubahan cuaca dunia dan dominasi teknik pertanian moden. Di Tanah Melayu, takwim Piama atau bulan Piama yang digunakan di negeri Kedah mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan takwim ‘pranotomongso’. Takwim Piama ini digunakan sebagai jangkaan fenomena musim dan kegiatan pertanian sebagaimana dinyatakan oleh pengarang ar-Risalah al-musimiah al- Ahmadiyah; ‘Tuan-tuan yang dihormati, saya suka berkhidmat kepada tuan untuk mengetahui musim-musim tuan hendak menurun belat, musim bertanam-tanaman, musim menebas hutan-hutan, mudah-mudahan lepaslah tuan daripada bekerja bukan pada musimnya .’ Takwim Piama mempunyai dua belas bulan atau dua belas piama, dengan setiap bulan dinamakan mengikut nama-nama buruj. Susunan takwim Piama yang sepadan dengan takwim Miladi sebagaimana berikut; Qaus (23 November), Jadi (23 Disember), Dalu (21 Januari) dan Hut (20 Februari), Hamal (20 Mac), Thur (21 April), Jauza (22 Mei), Saratan (23 Jun), Asad (24 Julai), Sunbullah (24 Ogos), Mizan (24 September) dan Aqrab (25 Oktober). Tarikh-tarikh ini sebenarnya adalah tarikh matahari memasukki sesuatu zodiak.12 Penggunaan takwim yang berasaskan pertanian ini jelas menunjukkan masyarakat Alam Melayu, khususnya di negeri Kedah telah menggunakan satu kitaran ekologi dan alam sekitar yang sistematik dalam merancang kegiatan pertanian sesuai dengan faktor kesuburan tanah, cuaca serta pembiakan unggas dan hidupan air. Ini menjadikan aktiviti mereka lebih ekonomi, dapat mengurangkan kesan pencemaran persekitaran dan menjamin pemuliharaan spesis unggas serta hidupan lain.13 4.
Kajian kesan pengamalan ilmu falak dalam konteks agama, sosial dan budaya ini menunjukkan unsur-unsur ilmu falak terdapat pada pelbagai aspek sosio-budaya. Keaktifan pengamalan ini telah memberikan gambaran bahawa sains yang telah diperibumikan berjaya menjadi budaya masyarakat. Penyesuaian pengamalan ilmu falak melalui proses perubahan sosial juga didapati telah meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Masyarakat Alam Melayu jelas mempunyai mekanisme tersendiri untuk mengubah suai sains supaya sesuai dengan keperluan hidup dan tuntutan zaman, tetapi terbantut pada pasca penjajahan Eropah. Namun usaha mengkaji unsur-unsur sains dalam budaya, seumpama mencari akar serabut dalam kehidupan bermasyarakat di Alam Melayu.
Selesai 26 Muharram 1428 14 Februari 2007
12 Tarikh matahari memasuki sesuatu zodiak sama dengan tarikh ramalan horoskop. 13 Takwim rasmi negeri Kedah terbitan Jabatan Mufti Negeri Kedah, Darul Aman masih mengekalkan
takwim Piama ini bersama-sama dengan takwim Hijri dan Miladi.
Bibliografi
Abdul Razak Salleh (2000). Sukatan dalam Budaya Melayu Sebelum Abad ke-20. Kesturi, Jurnal
Akademi Sains Islam Malaysia, Jld. 10 Bil. 1 & 2, Januari – Disember 2000.
Amat Juhari Moain (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala
Asmah Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Aveni, A. F (1981). Tropical Archeoastronomy. Science, July 1981, vol. 213, no. 4504. Baharrudin Zainal (2002). Pengenalan Ilmu Falak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Bambang Hidayat (2000). Indo-Malay Astronomy. Dlm. Astronomy Across Cultures, The History of Non- Western Astronomy, ed. Helaine Selin. London: Kluwer Academic Publisher.
Broda, Johanna (2000).Mesoamerican Astronomy and the Ritual Calendar. Dlm. Astronomy Across Cultures, The History of Non- Western Astronomy, ed. Helaine Selin. London: Kluwer Academic Publisher.
Dumarcay, Jacques (1978). Borubudur. Ed. & Trans. by Michael Smithies. Kuala Lumpur:
Harris, Joel K. (1994). Chasing The Shadow: An Observer’s Guide To Solar Eclipses. Waukesha:
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh &
Jamilah Ahmad (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Isabella L. Bird (982). The Golden Chersonese. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ismail Yusof (2001). Pengenalan Sains Sosial. Sintok: Universiti Utara Malaysia. JUPEM, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (2005). Edisi Khas, JUPEM 120 Tahun. Kuala
Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam, KHEANBD (1995). MABIMS: Wawasan Dan Harapan (Terbitan Khas). Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam.
King, David. A. (1986). Islamic Mathematical Astronomy. London: Variorum Reprint. King, David. A. (1993). Astronomy In The Service Of Islam. Vermont: Variorum Reprints. Mohd. Taib Osman (1989). Malay Folk Beliefs. An Integration of Disparate Elements. Kuala
Othman Yatim & Halim Nasir (1990). Epigrafi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Raffles, Thomas Stamford (1965). The History of Java. Kuala Lumpur: Oxford University Press Rohana Yusof (2001). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa
Shaharir Mohamad Zain (2000). Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam. Bull. Malaysian Math. Sc. Soc. (Second Series), 23 (2000), ms 187-220
Skeat, William (1967). Malay Magic. New York: Dover Publications Inc.
Stencel, R., Gifford, Fred. & Moron, Eleauor (1976). Astronomy and Cosmology at Angkor
Wat. Science, July 1976, vol. 193, no. 4250.
Smith R.B & Watson, W.C (1979). Early South East Asia Essay in Archaeology, History and
Historical Geography. Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1984). The Correct Date of the Terengganu Inscription.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1990). Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam (ABIM).
Winstedt, R.O (1977). The Malay Magician. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Medicine s Matters A guide to mechanisms for the prescribing, July 2006 DH INFORMATION READER BOX INSERT NEW IRB DH INFORMATION READER BOX HR / Workforce Document Purpose ROCR Ref: Gateway Ref: Medicines Matters: a guide to mechanisms for the prescribing, supply and administration of medicinesNational Practitioner Programme, DH Core Prescribing Group Publicat